Cover image for Modul latihan pengantaramukaan mikrokomputer untuk sekolah menengah
Title:
Modul latihan pengantaramukaan mikrokomputer untuk sekolah menengah
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2427 ra
Abstract:
Skop projek ini meliputi penggunaan mikrokomputer khususnya dalam bidang pengantaramukaan dengan peralatan luar untuk dijadikan modul-modul latihan bagi sekolah menengah. Modul-modul latihan yang dicadangkan melibatkan pengantaramukaan peralatan seperti LED diskrit, LED 7 segmen, geganti (relay), perinting, valve solenoid, motor elektrik dan sensor. Empat jenis modul latihan yang telah dibuat dan diuji iaitu: (i) Modul latihan untuk LED diskrit; (ii) Modul latihan untuk LED 7 segmen; (iii) Modul latihan untuk geganti dan valve solenoid; (iv) Modul latihan untuk sensor. Projek ini bersama dengan modul-modul latihan yang dibina diharapkan akan: (i) Memberi latihan kepada pelajar-pelajar tentang sistem-sistem nombor dan hubungan dengan litar elektronik. (ii) Memberi pengetahuan tentang perkakasan dan perisian mikrokomputer kepada pelajar-pelajar. (iii) Memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar bahawa penggunaan mikrokomputer tidak terhad kepada bidang perisian sahaja. Malahan ia boleh digunakan untuk mengawal peralatan elektrik dirumah dan juga boleh digunakan dalam ujikaji-ujikaji di sekolah. Lapuran projek ini terdiri daripada 3 bahagian. Bahagian pertama, mengenai kepentingan pengantaramukaan mikrokomputer bagi pelajar-pelajar di sekolah, khususnya disekolah menengah. Bahagian kedua, mengenai perkakasan mikrokomputer dan bahagian keluaran yang digunakan untuk pengantaramukaan. Bahagian ketiga adalah mengenai cara-cara membuat pengantaramukaan dengan modul-modul latihan dan masalah-masalah yang dihadapi serta contoh-contoh aturcara BASIC dengan pengantaramukaan yang mudah. Mikrokomputer yang digunakan dalam projek ini adalah daripada jenis IBM PC/XT atau setanding. Mikrokomputer ini telah disediakan dengan port selari yang dapat digunakan untuk pengantaramukaan dengan dunia luar. Bahasa komputer yang digunakan adalah GW-BASIC, ini kerana kebanyakan penuntut di sekolah telah mempunyai pengetahuan Bahasa BASIC. Untuk menambah minat murid-murid kepada tajuk perantaramukaan ini, diselitkan juga aturcara yang boleh mengeluarkan bunyi dan muzik. Akhir sekali, saya berpendapat bahawa tajuk pengantaramukaan mikrokomputer berpotensi menjadi satu tajuk yang popular sebagai alat bantu mengajar di sekolah-sekolah disamping boleh dijadikan alat pengawal mudah dirumah.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1987

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005542 LB1028.5 T45 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
-119205 LB1028.5 T45 1987 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order