Cover image for Cadangan rekabentuk kompleks radio dan TV Malaysia Johor Bahru, Johor
Title:
Cadangan rekabentuk kompleks radio dan TV Malaysia Johor Bahru, Johor
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1990
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 6944 RA
Abstract:
Radio Malaysia Johor Bahru telah ditubuhkan kira-kira dua puluh tahun yang lalu dan memberikan penyiaran radio meliputi seluruh negeri Johor, Melaka, Port Dickson dan Tampin. Kini RTM Johor Bahru bercadang untuk membina sebuah kompleks radio dan televisyen disebelah tapaknya yang sedia ada, bertujuan untuk mempertingkatkan lagi peranan penyiarannya. Program tesis ini adalah untuk mencari penyelesaian secara teknikal di mana yang pertamanya, RTM kini menghadapi masalah kesesakkan ruang dan peralatan penyiaran yang lama. Keduanya kedudukan tapak binanya adalah jauh dari orang ramai dan yang ketiganya persaingan dengan badan-badan penyiaran yang lain. Faktor-faktor kegagalan RTM di atas merupakan titik mula tesis ini. Objektif rekabentuk yang cuba dicapai adalah untuk mencari penyelesaian masalah pokok iaitu dengan mempertingkatkan rekabentuk dan imej bangunan serta promosi penyiaran RTM pada orang ramai. Disamping itu tesis ini juga memperkenalkan ruang awam serta menghubungkan secara intensif terutama dari segi perancangan tapak, zon dan ruang. Kriteria lain yang menjadi fokas utama adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah kelengkapan bangunan seperti Akustik, Sistem Penyaman Udara, kerangka dan lain-lain. Laporan ini dibentangkan dalam tujuh bab di mana antaranya bab satu dan dua memberikan gambaran latar belakang projek dan taklimat gunawan serta bagaimana menentukan bentuk projek ini. Bab tiga mengemukakan dua kajian kes terhadap bangunan penyiaran radio dan T.V. sedia ada bagi mendapatkan gambaran, pemahaman juga rujukan terhadap masalah-masalah rekabentuk. Di akhir kajian ini di buat rumusan dan penilaian terhadap kriteria rekabentuk. Bab empat membentangkan kajian analisa tapak. Hasil dari kajian ini di dapati beberapa potensi dan halangan tapak telah dikenal pasti. Misalnya ianya berpotensi dari segi kedudukan di zon senyap yang memudahkan rawatan akustik yang melibatkan kos yang rendah. Manakala halangannya pula lokasi kedudukan begini jauh bagi orang ramai. Dalam bab enam pula menjelaskan tentang konsep-konsep senireka. Hasil dari analisa ruang-ruang, pengumpulan mengikut kelompok zon seperti zon oditorium, zon pejabat dan zon kafeteria. Kajian teknikal meliputi pelbagai aspek bangunan luar dan dalam dibentangkan dalam bab tujuh. Pengiraan sesetengah aspek teknikal dikemukakan bagi mendapatkan pemahaman yang dalam disamping membantu memperkemaskan mutu rekabentuk.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1990

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003378 NA6230 I92 1990 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order