Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Tanggapan guru-guru terhadap pengaruh rancangan-rancangan televisyen dalam pendidikan remaja
Title:
Tanggapan guru-guru terhadap pengaruh rancangan-rancangan televisyen dalam pendidikan remaja
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8615 ra .
Abstract:
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau tanggapan guru-guru terhadap pengaruh rancangan-rancangan televisyen dalam pendidikan remaja. Kajian ini tertumpu pada tiga stesen penyiaran utama di negara kita iaitu RTM 1, RTM 2, TV 3. Sebanyak 100 orang sampel guru yang sedang mengajar di sekolah-sekolah menengah di sekitar daerah Seremban terlibat dalam menjawab soal selidik. Data-data di analisis dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Keputusan kajian menunjukkan terdapat persetujuan yang tinggi tentang kepentingan televisyen terhadap pendidikan remaja. Kepentingan-kepentingan itu meliputi rancangan-rancangan televisyen yang boleh membantu dalam pendidikan remaja, peranan penting dimainkan olehnya dan rancangan yang memupuk nilai-nilai murni. Disamping itu, terdapat persetujuan yang tinggi juga pada kesan-kesan rancangan televisyen terhadap pendidikan remaja. Jenis-jenis televisyen telah dikategorikan kepada 16 jenis dan terdapat 9 jenis rancangan yang mempunyai kesesuaian yang tinggi. Unsur-unsur positif yang telah disemaikan dalam rancangan-rancangan televisyen dikenalpasti dan diklasifikasikan kepada 6 jenis. Kesimpulannya, pihak guru mengakui bahawa rancangan-rancangan televisyen mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pendidikan remaja dan ia perlu dikendalikan dengan cermat supaya rancangan-rancangan itu membawa manfaat yang tidak terhingga kepada para remaja.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003406216 HE8700.66.M3 L43 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page