Cover image for Tidal characteristic and mean sea level in Melaka Strait
Title:
Tidal characteristic and mean sea level in Melaka Strait
Personal Author:
General Note:
Loan in microfilm form only : MFL 1683 ra
Abstract:
cerapan pasang-surut di Semenanjung Malaysia telah dibuat sejak Tahun 1911-1912 di Port Swettenham (sekarang dikenali Pelabuhan Kelang) olih British Admiralty. Data yang diperolehi pada masa itu sudah tidak adalagi pada hari ini di Malaysia ataupun Singapura. Pada Tahun 1978 hingga 1979, satu 'Joint Tidal Survey' telah dibuat dibahagian selatan Selat Melaka dan Selat Singapura., Indonesia dan Jepun. projek ini dapat memberikan stu siri data yang lengkap tetapi hanyalah meliputi kawasan dimana projek itu dijalankan. Satu senarai angkatap harmonik bagi empat juzuk utama iaitu M2, S2, K1 dan O1 untuk stesyen-stesyen di Asia Tenggara telah didapati dari Jabatan Hydrografi Jepun. dengan adanya, satu senarai (Jadual A) mengandungi angkatap harmonik untuk juzuk bagi 76 stesyen dai Lautan Andaman melalui Selat Melaka ke Singapura, telah dinalisa untuk kerja ini. pembetaulan terhadap perubahan waktu piawai baru telah juga dibuat. Dengan menggunakan Jadual A, carta-carta untuk 'co-tidal' dan 'co-range' di Selat Melaka telah disediakan. Daripada carta-carta ini dan juga data didalam Jadual A serta juga data yang didapati dari' Joint Tidal Saurvey' didapati bahawa : i) Jenis pasang-surut di Selat Melaka berubah dari jenis 'typical semi-diurnal' diutara kepada jenis 'mixed' disebelah selatan dan juga boleh dibahagikan kepada 4 bahagian. (ii) Distibusi geografik untuk nisbah HS/HM menunjukkan pattern yang sama seperti mana dengan jenis pasang-surut. (iii) Dari One Fathom bank ke Tanjung Kabong, arelatif jarak pasang untuk juzuk semi-diurnal adalah hampir sama walaupun keadaan geografinya adalah begitu berbeza. (iv) Dari one Fathom bank ke Tanjung Kabong, relatif jarak pasang untuk juzuk semi-diurnal adalah hampir sama walaupun keadaan geografinya adalah begitu berbeza. (iv) Ujudnya pertambahan fasa dari Bass Harbour di utara dan berakhir didalam 12 jam matahari untuk tiba ke Endol Bandong di selatan. (v) Jarak pasang semi0-diurnal bertambah dari utara ke selatan dan bertambah lagi ek Tanjung Segenting dan daripada Pulau Pinang, ia berkurang semula ke Singapura. (vi) Jarak pasang diuranal bertambah daripada utara ke selatan. Daripada fakta-fakta yang didapati dianggarkan bahawa gelombang pasang-surut di lautan Hindi dan di laut China Selatan yang menghasilkan pasang-surut di Selat Melaka. Untuk menjelaskan situasi ini, satu 'simulation' telah dibuat dengan menggunakan 2 gelombang campuran dikirkan disepanjang Selat Melaka.Distibusi jarak pasang didapati sama dengan cerapan untuk gelombang M2. Untuk gelombang K1, didapati kejadian yang minima adalah agak berbeza dengan cerapan walaupun, s ecara umum, bentuknya adalah sama. Daripada cerapan aras purata laut bulan untuk 9 stesyen di bahagian selatan selat Melaka, pattern aras purata yang asli untuk setiap stesyen didapati dengan cara menghilangkan ' General Tendenxcy'. Di dapati bahawa stesyen-stesyen diutara dan selatan adalah mempunyai perubahan bermusim didalam bentuk yang berlawan.
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Bachelor of Surveying (Land)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005216 GC303 W66 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002389017 GC303 W66 1983 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order