Cover image for Timesharing sebagai alternatif penginapan untuk menarik pelancung-pelancung. Kajian kes : Pulau Tioman
Title:
Timesharing sebagai alternatif penginapan untuk menarik pelancung-pelancung. Kajian kes : Pulau Tioman
Personal Author:
General Note:
Latihan ilmiah (Fakulti Alam Bina) - UniversitiTeknologi Malaysia, 1989

Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 5835 ra
Abstract:
Sektor pelancungan merupakan sumber tukaran wang asing yang penting dewasa ini. Pada masa dahulu, aktiviti pelancungan adalah terhad kepada kegiatan menyediakan tempat penginapan untuk pelancung-pelancung beristirehat sahaja. Tetapi dengan meningkatnya ekonomi negara, tingkat hidup dan waktu yang terluang untuk bercuti, permintaan ke atas aktiviti pelancungan menjadi lebih komplek. Corak dan citarasa pelancung juga berubah akibat daripada perubahan nilai-nilai dan persepsi ke atas konsep pelancungan amnya. Begitu juga dengan perubahan ke atas penyediaan kemudahan penginapan. Daripada kemudahan penginapan seperti wakaf dan rumah persinggahan, ia telah berkembang ke konsep yag lebih moden contohnya chalet, hotel, hotel kondominium dan baru-baru ini timesharing. Selain daripada melindungi pelancung daripada inflasi dan sewa hotel yang semakin meningkat, timesharing menawarkan kemudahan rekreasi yang lebih baik, unit yang lebih besar dan penginapan yang terjamin. Timesharing juga 'flexible'. Ia boleh dilabur, dijual, dipajak, disewa dan ditukar dengan pemilik lain pada bila-bila sahaja. Kajian ini adalah untuk menentukan kesesuaian timesharing sebagai alternatif penginapan untuk menarik pelancung-pelancung ke Pulau Tioman. Pada masa yang sama, terdapat juga tempat penginapan yang sedia ada yang kurang bermutu dan selesa. Ini disebabkan terutamanya oleh kekurangan kawalan pembangunan di kawasan tersebut. Kajian menunjukkan bahawa motivasi utama pelaburan timeshare bukanlah kerana pulangan kewangannya sahaja tetapi yang lebih penting adalah kepuasan pemilikan unit tersebut. Ini disebabkan terdapatnya alternatif pelaburan yang lebih menguntungkan misalnya membeli bond kerajaan atau melabur di pasaran saham dan komoditi. Pulau Tioman mempunyai potensi untuk pembangunan projek timesharing di masa hadapan walaupun satu kajian pemasaran yang lebih teliti perlu dijalankan untuk menentukan tahap kesesuaian dan kedaya-hidupan konsep tersebut. Selain daripada itu, galakan, insentif, panduan dan kerjasama adalah diperlukan daripada pihak berkuasa untuk menjayakan industri timeshare ini.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003868 HD1341 L55 1989 Closed Access Thesis UTM PhD Thesis (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003024 HD1341 L55 1989 raf Closed Access Thesis UTM PhD Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order