Cover image for Keberkesanan penyediaan kemudahan penginapan (Chalet) : kajian kes : Pantai Chenang, Langkawi
Title:
Keberkesanan penyediaan kemudahan penginapan (Chalet) : kajian kes : Pantai Chenang, Langkawi
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 7818 ra
Abstract:
Kemudahan penginapan chalet merupakan elemen atau komponen yang penting dalam menarik pelancong ke sesuatu kawasan. Ia memainkan peranan yang penting dalam perkembangan industri pelancongan. Kemasukan pelancong kesesuatu tempat adalah didorong oleh penawaran kemudahan penginapan yang bermutu tinggi dengan penyediaan kemudahan yang sempurna. Penyediaan kemudahan penginapan chalet yang sempurna dan selesa adalah penting dalam menarik lebih ramai pelancong. Bagi kawasan kajian, pembangunan kemudahan penginapan yang begitu pesat akibat permintaan yang tinggi sejak kebelakangan ini telah mengakibatkan penyediaan kemudahan chalet yang kurang memuaskan dan bermutu. Pembangunan chalet secara berleluasa telah menimbulkan pelbagai masalah seperti rekabentuk yang kurang menarik, taburan perletakan yang berselerak, keadaan bangunan yang kurang bermutu dan sempurna serta penyediaan kemudahan yang kurang memuaskan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penyediaan kemudahan chalet di kawasan kajian iaitu mengkaji aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam penyediaan kemudahan penginapan seperti faktor-faktor fizikal dan kemudahan-kemudahan sokongan yang lain. Hasil akhir kajian, beberapa aspek yang perlu diambil perhatian dalam penyediaan kemudahan chalet seperti penyediaan kemudahan, kemudahan sokongan dan kawalan Perancangan dalam pembangunan chalet akan dicadangkan bagi menjadi garispanduan penyediaan chalet pada masa hadapan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000558 NA7850.M32 A93 1992 raf Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001952468 NA7850.M32 A93 1992 raf Closed Access Thesis UTM Diploma (Closed Access)
Searching...

On Order