Cover image for Implikasi perletakan sekolah terhadap penjanaan trip di dalam kawasan perancangan pusat Kuala Lumpur
Title:
Implikasi perletakan sekolah terhadap penjanaan trip di dalam kawasan perancangan pusat Kuala Lumpur
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8546 ra
Abstract:
Perletakan sekolah memerlukan perancangan dan pemahaman yang teliti terhadap data-data demografi semasa seperti struktur penduduk dan anggaran penduduk terutamanya di peringkat umur persekolahan. perletakan sekolah yang baik di dalam unit kejiranan selalunya dipilih pada satu kawasan yang akan memberi agihan jarak yang saksama bagi kawasan kediaman untuk kemudahan para pelajar menujuinya. Pembangunan sekolah di Kuala Lumpur bermuala semenjak tahun 1893, dari tempoh tersebut 56 buah sekolah telah dibina di bandar Kuala Lumpur. Sekolah-sekolah ini pada mulanya terletak di pinggir bandar untuk kemudahan penduduknya. Walaubagaimanapun akibat perkembangan guntanah yang pesat, sekolah-sekolah tersebut kini berada di tengah-tengah pusat bandaraya. Perletakan sekolah yang sebegitu rupa telah menjanakan peraliran trafik yang tinggi pada waktu tertentu iaitu pada jam 6.30 pagi hingga 7.40 pagi, 12.30 tengahari hingga 2.00 petang dan jam 5.30 petang hinga 6.30 petang. Kesesakan jalanraya menuju ke kawasan sekolah ini adalah disebabkan oleh bas-bas sekolah dan juga kenderaan ibubapa yang menghantar dan mengambil anak-anak mereka. Akibat daripada perletakan sekolah di pusat bandaraya ini telah menimbulkan masalah seperti masalah keselamtan pelajar, ruang yang terhad untuk pembangunan fizikal dan penyediaan kemudahan sukan, persekitaran pembelajaran yang tidak kondusif dan konflik gunatanah perbandaran. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur kesaan janaan trip persekolahn yang terletak di pusat bandar. Bagi tujuan mendapatkan data yang trkini kajian soal selidik dilakukan di empat buah sekolah terpilih iaitu Sekolah Rendah (P) Bukit Bintang, Sekolah Menengah (P) Bukit Bintang, Sekolah Rendah (L) Jalan Batu dan Sekolah Menengah (L) St.John. Hasil dari analisis yang dijalankan adalah didapati sekolah-sekolah di pusat bandar mengalami kekangan pembangunan disebabkan kekurangan tapak yang sesuai dibangunkan samada kekurangan tapak yang sesuai dibangunkan samada kekurangan tanah kerajaan ataupun tapak yang disediakan oleh pemaju perumahan tidak sesuai dibangunkan atas halangan fizikal seperi berbukit dan terletak dalam kawasan setinggan. Sekolah-sekolah ini telah menyumbangkan masalah kesesakan disebabkan kebanyakan pelajar menggunakan kenderaan persendirian untuk tujuan persekolahan. Faktor-faktor utama yang mempengaruhi mod kenderaan ialah umur, jantina, jarak dari kawasan kediaman dan juga faktor-faktor sosio ekonomi ibubapa pelajar. Sebagai reaksi untuk mengatasi masalah tersebut beberapa tindakan yang wajar diperlu dilakukan. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Pendidikan perlu memastikan program pemindahan sekolah dari pusat bandar dapat dijalankan dengan lancar. Perletakan sekolah yang baru perlulah berhampiran dengan kawasan kediaman bagi mengwujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif di samping meningkat pembangunan lalulintas bagi memenuhi keperluan, kepentingan dan keselamatan pelajar. Akhirnya, usaha untuk menjayakan program ini perlu mendapat sokongan daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Perancangan Bandar, Kementerian Pendidikan, Polis dan juga orang ramai.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universti Teknologi Malaysia), 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000140 HE336.C64 R67 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002865495 HE336.C64 R67 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order