Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Perancangan bagi memperbaiki sekim jalanraya dan lalulintas di Jalan Enggang, Taman Keramat, Selangor
Title:
Perancangan bagi memperbaiki sekim jalanraya dan lalulintas di Jalan Enggang, Taman Keramat, Selangor
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 4614 ra
Abstract:
Kesesakan lalulintas pada masa ini merupakan salah satu masalah sosial di bandar-bandar besar, terutama di negara-negara yang sedang membangun dan negara maju. Kemajuan didalam pembinaan rangkaian jalanraya yang baik masih belum lagi mampu untuk menampung perkembangan yang pesat didalam penggunaan jalanraya. Keadaan sosial dan taraf hidup masyarakat yang tinggi adalah merupakan salah satu faktur mengapa bertambahnya bilangan kenderaan di jalan raya. Kebanyakan ahli didalam masyarakat mampu untuk memperolehi kenderaan sendiri, dengan itu penggunaan pengangkutan awam menjadi kurang. Didapati bahawa dari enam buah kenderaan yang berada di jalan raya, lima buah daripadanya adalah terdiri daripada kenderaan persendirian yang banyak ini telah membawa kepada masalah kesesakan lalulintas. Keadaan yang tidak seimbang diantara pertambahan kenderaan dengan kebolehan jalan raya menerima kenderaan pada satu-satu masa telah menimbulkan beberapa masalah-masalah lalulintas, umpamanya berlakunya kesesakan jalan raya (traffic jam), kesukaran mendapatkan tempat-tempat meletak kereta dan bertambahnya kadar kemalangan jalan raya. Masalah yang ditimbulkan dari penggunaan lalulintas bukan sahaja dihadapi oleh pengguna jalan raya semata-mata tetapi kesannya dirasai juga oleh masyarakat sekitar. Berlakunya pencemaran udara dari asap-asap kenderaan, bunyi bising dan gegaran (vibration) oleh laluan-laluan kenderaan ini, Selalunya terjadinya kesesakan lalulintas ini adalah dikaitkan kepada beberapa faktur yang penting iaitu antaranya ialah :- i) Keadaan fisikal jalan ii) Rangkaian jalan iii) Pengaruh Pengangkutan awam iv) Aktiviti Masyarakat v) Gunatanah setempat vi) Bilangan kenderaan vii) Kemampuan jalan. Disini mungkin timbul pertanyaan, bagaimanakah satu pengurusan harus dilakukan supaya ianya dapat memberi munafaat dan dapat mengurangkan sebanyak mungkin masalah-masalah yang ditimbulkannya, baik kepada penggunanya mahupun masyarakat sekeliling. Bertolak dari sinilah maka satu kajian di Jalan Enggang telah dijalankan, dengan harapan agar sedikit sebanyak dari kajian ini dapat mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di kawasan itu.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam) - Universiti Teknologi Malaysia, 1982

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005147 HE336.T7 S49 1982 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page