Cover image for Penggunaan Sistem Maklumat Geografi dalam analisis lalulintas bagi lelulusan perancangan : kajian kes : Pusat Bandar Baru Petaling Jaya
Title:
Penggunaan Sistem Maklumat Geografi dalam analisis lalulintas bagi lelulusan perancangan : kajian kes : Pusat Bandar Baru Petaling Jaya
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1992
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7941 ra
Abstract:
Proses perancangan melibatkan satu perkaitan kaedah-objektif. Ketidak sempurnaan dalam kaedah menjalankan perancangan akan menjejaskan kualiti objektif. Dalam mengawal suatu kawasan yang pesat membangun, satu ekses yang pantas kepada maklumat akan mempertingkatkan kecekapan proses perancangan bandar. Pada masa kini, penggunaan sistem maklumat yang bersepadu merupakan salah satu alternatif dalam urusan pentadbiran dan perancangan bandar. Keupayaan sistem maklumat dalam membekalkan maklumat secara sistematik dan cekap dapat meningkatkan keberkesanan analisis perancangan dalam mengatasi masalah perbandaran. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji kemungkinan penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam proses kelulusan perancangan. Bagi tujuan tersebut, satu kawasan ujian dipilih iaitu Pusat Bandar Baru Petaling Jaya; dan skop kajian adalah dikhususkan kepada kajian kesan lalulintas akibat daripada satu cadangan projek pembangunan kompleks pejabat 22 tingkat. Dalam kajian ini, analisis reruang dan analisis lalulintas dilakukan secara berasingan tetapi saling berhubungkait. Ini dapat dilihat dari segi peranan GIS untuk menguruskan pengkalan data yang diperlu bagi analisis lalulintas, menjalankan analisis ROUTING bagi mengenalpasti laluan terpantas dari satu lokasi ke lokasi yang lain, serta mengimpot hasil analisis lalulintas ke dalam pengkalan data dan dikait dengan data reruang untuk menunjukkan hasil analisis secara dua dimensi. Keupayaan GIS dalam menjawab persoalan `Apakah yang berlaku di...?', `Di manakah?', `Apakah yang telah berlaku sejak...?', Apakah corak reruang yang wujud?' dan `Apa akan berlaku sekiranya...?' akan membantu dalam penggubalan keputusan dengan lebih berkesan. Walau demikian, kewujudan GIS bukan bertujuan menggantikan peranan pihak penggubal keputusan tetapi membekalkan maklumat dalam menyokong proses penggubalan keputusan dengan lebih sistematik dan rasional; manusia masih memainkan peranan penting dalam memastikan kesesuaian keputusannya dibuat. Secara ringkatnya, hasil penemuan kajian ini telah membuka jalan untuk kajian berdasar GIS dalam konteks yang lebih luas.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysi, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002190548 G70.2 C42 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order