Cover image for Merekabentuk alat penterjemah elektronik : bahasa Malaysia - bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris - bahasa Malaysia
Title:
Merekabentuk alat penterjemah elektronik : bahasa Malaysia - bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris - bahasa Malaysia
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4803 ra
Abstract:
Projek ini merupakan satu usaha yang mula dalam mendapatkan suatu cara yang lebih teknikal dan saintifik untuk menterjemahkan istilah-istilah Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris dan juga dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Negara kita Malaysia sedang menuju ke arah penggunaan Bahasa Malaysia yang sepenuhnya di dalam berbagai bidang termasuk bidang-bidang kejuruteraan, sains, pengurusan, ekonomi mahupun undang-undang. Dalam kedaan ini, sangat diperlukan suatu cara yang mudah dan berkesan bagi mendapatkan terjemahan istilah-istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia dan dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris. Sekarang ini berbagai perkara telah dapat dibuat menggunakan kemudahan komputer dan microprosessor. Di antara kemudahan yang dapat diberikan adalah kemudahan komputer dan microprocessor. Diantara kemudahan yang dapat diberikan adalah kemudahan menterjemah istilah-istilah Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia dan juga dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris. Dalam usaha mendapatkan kemudahan di atas adalah perlu dibuat suatu rekabentuk yang merupakan aturancangan-aturrancagan dalam bahasa komputer yang membolehkan suatu terjemahan elektronik dibuat dengan menggunakan komputer. Jika negara ini mempunyai sistem perhubungan komputer, projek ini akan menjadi lebih manafaat lagi. Dengan adanya suatu komputer pusat, penghantaran data-data dapat dibuat ke seluruh negara melalui hubungan-hubungan tadi. Ada pihak mungkin sedang membuat kajian menyambungkan -komputer kepada pengguna melalui taliantelefon. Jika usaha-usaha ini berjaya, berbagai kemudahan dapat diberikan termasuk kemudahan menterjemah istilah-istilah. Perkembangan dalam bidang sintisasi suara (voice synthesizer) akan menjadikan proses terjemahan lebih realistik lagi buat masa hadapan. Bagi kegunaan setempat alat terjemahan elektronik boleh dibuat menggunakan microprosessor. Alat terjemahan juga boleh dibuat seperti alat perkiraan saku (pocket calculator). Ini memerlukan suatu rekabentuk 'hardware' yang lebih rumit. Memandangkan terdapat dua cara yang boleh dibuat dalam mendapatkan alat terjemahan elektronik, maka projek ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:- i) rekabentuk 'software'. ii) rekabentuk 'hardware'.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik) - Universiti Teknologi Malaysia, 1982

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005158 QA76.6 M88 1982 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order