Cover image for Pengurusan kompleks : ke arah profesionalisma
Title:
Pengurusan kompleks : ke arah profesionalisma
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8805 ra
Abstract:
Perkembangan ekonomi negara yang pesat iaitu sebanyak 95% (1995) telah menyebabkan sektor harta tanah mengalami perubahan besar terutamanya dalam sektor pembinaan. Akibat daripada perubahan ini, bangunan-bangunan yang dahulunya dibina kurang dari 5 tingkat telah berubah kepada bangunan-bangunan yang mencakar langit dan bangunan bistari. Ini secara tidak langsung memberi cabaran baru kepada pengurus kompleks dalam menguruskan bangunan. Peranan pengurus bangunan yang dahulunya lebih tertumpu kepada memungut sewa dan menyelenggara bangunan telah berubah kepada pengurusan yang lebih rumit. Ini menyebabkan perlunya satau pengetahuan yang betul dan mencukupi untuk menguruskan kompleks ini secara cekap dan berkesan. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat keperluan atau input-input penting yang perlu ada bagi seseorang pengurus kompleks. Tumpuan kajian ini akan diberikan kepada kompleks pejabat dan kompleks membeli belah di Kawasasn Pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Bahru. Kajian ini akan melihat kepada 3 perspektif respondan yang berbeza iaitu pengurus kompleks, tuan punya bangunan/majikan dan bekas graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Institut Teknologi Mara (ITM). Empat teknik statistik digunakan dalam menganalisis data-data yang diperolehi. Hasil daripada analisis, didapati bahawa dari segi matapelajaran asas dan tambahan yang perlu ditekankan dalam pendidikan pengurus kompleks adalah seperti pengurusan harta, pengurusan dan analisis pelaburan, perhubungan awam, penyelenggaraan bangunan, pentadbiran perniagaan, asa kejuruteraan dan rekabentuk dalaman. Manakala dari segi pengetahuan penting pula adalah seperti pengetahuan mengenai memaksimakan untung, perhubungan awam, pemasaran ruang, sistem letak kereta dan campuran penyewa.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003408634 HD1394.5.M3 A72 1996 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order