Cover image for Sikap pelajar tahun 1 kejuruteraan terhadap matapelajaran kimia dan kaitannya dengan pencapaian kimia di Universiti Teknologi Malaysia bagi Semester 1 1990
Title:
Sikap pelajar tahun 1 kejuruteraan terhadap matapelajaran kimia dan kaitannya dengan pencapaian kimia di Universiti Teknologi Malaysia bagi Semester 1 1990
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7758 ra
Abstract:
Projek ini adalah bertujuan mengukur sikap pelajar tahun 1 kejuruteraan ( dari fakulti kejuruteraan Awam dan Jentera ) terhadap mata pelajaran kimia di Universiti Teknologi Malaysia ( Cawangan Skudai ) dan kaitannya dengan pencapaian kimia mereka di semester I 1990. Seramai 158 orang pelajar tahun I kejuruteraan dari Fakulti kejuruteraan Awam dan Fakulti Kejuruteraan Jentera telah dijadikan sampel di mana 145 orang pelajar adalah siswa dan 13 orang pelajar adlah siswi. Instrument yang digunakan adlah soal silidik sikap terhadap mata pelajaran kimia. markah sikap terhadap mata pelajaran kimia dan pencapaian kimia semester I 1990 dianalisis dengan menggunakan perisian komputer STATGRAPH. Analisis statistik yang dibuat adalah Korelasi Pearson dan Ujian t. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang rendah antara sikap terhadap mata pelajaran kimia dengan pencapaian kimia bagi pelajar I kejuruteraan ( dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Jentera ) di semester I 1990 di Universiti Teknologi Malaysia ( cawangan Skudai ). Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi sikap terhadap mata pelajaran kimia dan pencapaian kimia bagi pelajar tahun I kejuruteraan dari Fakulti Kejuruteraan Awam dengan pelajar tahun I kejuruteraan dari Fakulti kejuruteraan Jentera. Keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa sikap seseorang pelajar bukan merupakan faktor utama yang mempengaruhi pencapaian kimianya.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001692221 LB2372.C5 M3 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order