Cover image for Pengukuran dan pemetaan corak kebisingan di kawasan sekitar kampus Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dan pengaruhnya terhadap pembelajaran
Title:
Pengukuran dan pemetaan corak kebisingan di kawasan sekitar kampus Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dan pengaruhnya terhadap pembelajaran
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8001 ra
Abstract:
Objektif kajian ini ialah untuk mengukur aras kebisingan dan memetakan corak kebisingan didalam bilik kuliah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Sebahagian besar bunyi bising itu berpunca daripada arus lalu lintas diJalan Semarak, Kuala Lumpur dan juga dari kenderaan yang melalui jalan didalam kampus. Arus kebisingan diukur dengan menggunakan sebuah meter yang dinamakan aras bunyi (Rion NA29) dalam unit dB(A) dan pengukuran dijalankan di dalam bilik kuliah berhawa dingin dan tanpa hawa dingin. Bilik-bilik kuliah yang dipilih untuk kajian adalah yang terletak terdekat sekali dengan Jalan Semarak dan yang berjauhan daripada jalan raya termasuk Perpustakaan. Keseluruhan proses pengukuran dilakukan semasa kuliah sedang berjalan dan juga semasa cuti semester. Pembacaan diambil setiap 30 saat iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 4.40 petang. Graf aras kebisingan dalam dB(A) diplotkan melawan masa dalam minit dan corak kebisingan untuk kuliah itu dipetakan. keamatan kebisingan di dalam bilik kuliah terbuka didapati antara 49-79dB(A). Bagi bilik kuliah tanpa penghawa dingin tetapi 'tertutup' leamatan kebisingannya ialah antara 50-62 dB(A) dan di perpustakaan pula aras kebisingan ialah antara 41-49dB(A). Kesan kebisingan terhadap keupayaan pelajar menumpukan perhatian semasa mengikuti kuliah dilakukan melalui kaedah bancian. Jawapan yang diterima daripada soal selidik yang diedarkan kepada pelajar dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS PC+). Oleh itu bilik yang berhawa dingin dan yang jauh daripada jalan raya adalah sesuai untuk suasana pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa bilik kuliah yang berdekatan dengan jalan raya adalah bising dan ini memberi kesan kepada keupayaan pelajar untuk memberi tumpuan terhadap pembelajaran.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002211435 TD892.H37 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order