Cover image for Tingkahlaku belajar pelajar-pelajar tahun satu asas Universiti Teknologi Malaysia : satu tinjauan
Title:
Tingkahlaku belajar pelajar-pelajar tahun satu asas Universiti Teknologi Malaysia : satu tinjauan
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8564 ra
Abstract:
Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau tingkahlaku belajar pelajar-pelajar tahun satu asas Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Dalam kajian ini tanggapan adalah berasaskan kepada beberapa faktor yang mempengaruhi tingkahlaku belajar pelajar-pelajar tersebut. Antara faktor-faktor tersebut ialah penggunaan perpustakaan, hubungan pelajar dengan pensyarah, sikap pelajar terhadap pelajaran dan juga teknik-teknik belajar. Selain daripada itu faktor-faktor seperti minat dan motivasi, persekitaran dan juga pembahagian masa juga dikaji di kalangan para pelajar tersebut. Hasil daripada kajian ini didapati pelajar-pelajar tahun satu asas berpandangan positif terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Namun begitu masih lagi terdapat dikalangan mereka yang terikut-ikut dengan perbuatan atau tingkahlaku yang negatif. Bilangan yang kecil inilah yang menyebabkan peratus kelulusan dalam peperiksaan akhir penggal tercemar. Kajian ini dijalankan keatas pelajar-pelajar tahun satu asas Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sesi 94/95. Instrumen yang digunakan berbentuk soal selidik dengan menggunakan skala pemeringkatan Likert bagi mendapatkan reaksi sampel. Analisis dibuat berdasarkan hasil peratusan dan skor min bagi setiap item. Hasil analisis mendapati sampel mempunyai tanggapan positif terhadap aspek yang dikaji. Hanya pada item-item tertentu sahaja sampel mempunyai tanggapan yang negatif tetapi peratusnya amat sedikit jika dibandingkan dengan peratus positif. Daripada dapatan kajian tersebut, jelas menunjukkan bahawa faktor-faktor yang dikaji memainkan peranan yang positif dan boleh membantu serta mempengaruhi tingkahlaku belajar pelajar-pelajar di universiti.
Subject Term:
DSP_DISSERTATION:
Laporan projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003246943 LB2395.M42 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order