Cover image for Prototaip sistem maklumat pelajar kolej pertama UTM menggunakan konsep pengkomputeraan kelayan-pelayan
Title:
Prototaip sistem maklumat pelajar kolej pertama UTM menggunakan konsep pengkomputeraan kelayan-pelayan
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7761 ra
Abstract:
Salah satu konsep penting yang muncul dalam era pengkomputeran akan datang ialah konsep pengkomputeran kelayan-pelayan. Konsep ini menggabungkan persekitaran komputer mikro yang ramah pengguna, dengan persekitaran kerangka utama yang mempunyai keupayaan yang pantas dan tahan lasak. Perisian applikasi seperti Hypercard dan 4th Dimension pada Apple atau Lotus 1-2-3 dan DBASE pada komputer peribadi terbukti telah dapat memenuhi keperluan pengguna komputer mikro. Walau bagaimanapun, kedua-dua komputer tersebut tidak mempunyai saiz maklumat dan kelajuan pemprosesan sebagaimana terdapat pada kerangka utama. Sebaliknya terminal kerangka utama seperti 3270, kurang mempunyai persekitaran yang ramah pengguna. Oleh itu pengkomputeran kelayan-pelayan, dimana kerangka utama sebagai pelayan dan komputer mikro sebagai kelayan bertujuan menggabungkan ciri-ciri terbaik kedua-dua persekitaran ini kepada pengguna. Tesis ini bertujuan untuk membangunkan suatu prototaip sistem maklumat bagi Kolej Pertama, Universiti Teknologi Malaysia berdasarkan kepada konsep pengkomputeran kelayan-pelayan. Bahasa CL/1 (Connectivity Language 1) digunakan untuk menghubungkan komputer APPLE Macintosh dan kerangka utama. Tujuan hubungan ini adalah untuk mencapai pangkalan data SQL yang terdapat di komputer perumah. Sistem applikasi ini dibina dengan menggunakan bahasa Hypertalk yang disediakan oleh HyperCard. Sistem Maklumat Pelajar ini bertujuan untuk mengurus maklumat pelajar yang tinggal di Kolej Pertama. Sebelum membangunkan projek ini, satu kajian sistem telah dijalankan untuk mengenalpasti keperluan-keperluan semasa dengan lebih terperinci. Maklumat yang dikumpul dari kajian ini telah digunakan sebagai asas dalam merekabentuk sistem prototaip ini. Sistem prototaip yang berjaya dibangunkan ini menawarkan kepada pengguna satu kaedah untuk mencapai rekod pelajar, melakukan analisis dengan menggunakan maklumat yang didapati dari pangkalan data di komputer perumah, mengisih rekod dan mengemaskinikan pangkalan data tersebut.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Sains Komputer) - Universiti YTeknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001736499 T58.6 K54 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order