Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Sistem cuti kakitangan Universiti Teknologi Malaysia
Title:
Sistem cuti kakitangan Universiti Teknologi Malaysia
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8175 ra
Abstract:
Sistem Cuti Kakitangan UTM (SCK) merupakan salah satu sub-sistem didalam Sistem Maklumat Kakitangan (SMK). Ianya dibangunkan dengan tujuan untuk membantu pengurusan cuti kakitangan di UTM. Dengan adanya sistem ini, pengurusan cuti dapat dikendalikan dengan mudah, bersistematik dan akan menghasilkan maklumat terkini. Ia juga membenarkan setiap fakulti/bahagian bertanggungjawab di dalam pengurusan cuti kakitangannya sahaja. Penggunaan sistem ini juga akan dapat memaksimumkan penggunaan kemudahan yang ada seperti komputer peribadi,pencetak dan rangkaian setempat di setiap fakulti/bahagian. Sistem ini terdiri daripada 7 modul utama iaitu Modul Pengesahan (merupakan proses mengenalpasti dan mengawal pengguna yang memasuki sistem), Modul Pertanyaan (membenarkan pertanyaan dibuat samada mengenai maklumat cuti atau pun maklumat percutian), Modul Hari Kelepasan Am (mengendalikan maklumat Hari kelepasan Am), Modul Cuti kakitangan (mengendalikan maklumat cuti serta percutian kakitangan). Modul Proses Tahunan (merupakan proses mencari baki cuti tahunan untuk dibawa ke tahun hadapan), Modul Laporan (penjanaan laporan yang bersesuaian untuk semua peringkat samada dipaparan atau pun di pencetak) dan Modul Pengurusan Pengguna (mengendali maklumat pengguna serta aktiviti yang boleh dilakukan). Sistem ini akan dibangunkan dipersekitaraan kerangka utama jenis IBM 3090. Ia menggunakan Structure Query Language (SQL) sebagai pengurusan pangkalan data (RDBMS) beserta Cross System Product (CSP) sebagai antara muka. Perlaksanaannya pula menggunakan rangkaian setempat yang terdapat di setiap fakulti/bahagian serta dirangkaikan kepada utama di Pusat Komputer. Keseluruhannya, sistem ini akan dilaksanakan secara talian terus kepada setiap fakulti/bahagian. Diharapkan dengan adanya sistem ini, maka pengurusan percutian kakitangan akan lebih cekap dan dapat membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Sains Komputer) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002485427 HD5265.M3 R67 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page