Cover image for Sikap pelajar vokasional terhadap matematik dan sekolah
Title:
Sikap pelajar vokasional terhadap matematik dan sekolah
Personal Author:
Publication Information:
1991
Physical Description:
ix, 154 p. : ill. : 30 cm.
General Note:
Supervisor : Prof. Madya Dr. Ismail Kailani

Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7756 ra
Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk meninjau sikap pelajar Vokasional terhadap sekolah, matematik dan hubungan antaranya berdasarkan faktor jantina dan bidang/aliran yang diikuti, iaitu bidang Ketukangan Kejuruteraan, Perdagangan, Pertanian dan Ekonomi Rumahtangga. Kajian ini melibatkan 204 pelajar lelaki dan 237 pelajar perempuan tingkatan 5 yang dipilih daripada 14 buah sekolah Vokasional di negeri Johor, Melaka dan N. Sembilan. Satu set instrument yang mengandungi 37 item, 18 item daripada sikap pelajar terhadap matematik dan 19 item daripada sikap pelajar terhadap sekolah digunakan bagi mengukur sikap pelajar terhadap sekolah dam matematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan di antara pelajr lelaki dan perempuan terhadap sekolah dengan pelajar perempuan menunjukkan sikap yang lebih positif daripada lelaki. Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar dari bidang Ekonomi Rumahtangga bersikap lebih positif terhadap sekolah dibandingkan dengan pelajar dari bidang yang lain. Selanjutnya, kajian mengenal sikap pelajar terhadap matematik didapati tiada perbezaan sikap yang signifikan di antara pelajar lelaki dan perempuan, tetapi pelajar dari bidang Ketukangan kejuruteraan dan Perdagangan bersikap lebih positif daripada bidang yang lain. Kajian juga mendapati bahawa wujudnya suatu korelasi yang signifikan antara sikap pelajar terhadap sekolah dengan matematik.
Added Author:
Added Corporate Author:
DSP_DISSERTATION:
Thesis (Sarjana Muda Sains Pendidikan) - Univerisiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001625452 LC1044 M63 1991 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order