Cover image for Kajian perbandingan pemvulkanan getah SMR-20 SMRCV dan getah asap menggunakan sulfur
Title:
Kajian perbandingan pemvulkanan getah SMR-20 SMRCV dan getah asap menggunakan sulfur
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7667 ra
Abstract:
Matlamat atau tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji perbandingan pemvulkanan getah SMR 20, SMRCV dan getah asap dengan menggunakan sistem pemvulkanan sulfur. Ia melibatkan proses pengadunan getah, proses pemvulkanan dan pengujian sifat-sifat getah tervulkan dan tak tervulkan. Ini merangkumi penentuan keadaan pemvulkanan optimum, ciri-ciri hangus, masa pemvulkanan dan kajian terhadap sifat-sifat mekanikal getah tersebut. Resepi pemvulkanan cekap dengan menggunakan TMTD sebagai pencepat pemvulkanan telahbdigunakan di dalam kajian ini. Masa hangus bagi getah SMR 20, SMR CV dan getah asap yang diperolehi adalah sangat kecil. Dari penyelidikan yang telah dijalankan didapati bahawa keadaan pemvulkanan optimum bagi getah SMR CV menggunakan kandungan sulfur terendah iaitu 0.3 gm, diikuti oleh SMR 20 dan getah asap masing-masing sebanyak 0.4 dan 0.5 gm. Didapati juga bahawa pada keadaan dan kandungan sulfur optima kekuatan regangan getah asap adalah yang tertinggi diikuti oleh getah SMR 20 dan SMR CV iaitu, masing-masing sebanyak 26.786, 25.9612 dan 24.9951 N/mm2. Dari pengujian modulus pula, didapati getah asap mempunyai modulus yang paling tinggi, diikuti oleh SMR 20 dan SMR CV dengan nilai masing-masing sebanyak 0.95, 0.92 dan 0.76 N/MM2. Selain itu, masa pemvulkanan pada kandungan sulfur optimum bagi getah asap adalah yang tercepat iaitu 12.07 minit diikuti oleh SMR 20 dan SMR CV dengan nilai masa masing-masing 15.73 dan 18.05 minit
Subject Term:

DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia ) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001121577 TS1891 M73 1991 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order