Cover image for Kajian keatas fungsi-fungsi ruang laluan pejalan kaki di kawasan rumah-rumah kedai tempatan
Title:
Kajian keatas fungsi-fungsi ruang laluan pejalan kaki di kawasan rumah-rumah kedai tempatan
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 3232 ra
Abstract:
Tujuan Kajian ini adalah dibuat untuk memahami secara mendalam mengenai peranan dan fungsi ruang kaki lima dan ruang pejalan kaki "Pedestrian Mall" di kawasan-kawasan perniagaan rumah kedai tempatan. Kajian ini adalah jugaa bertujuan untuk memahami secara terperinci mengenai objektif-objektif pereka dan perancang di dalam pembentukan konsep ruang pejalan kaki di kawasan-kawasan perniagaan rumah kedai sekarang. Seterusnya kajian ini menentukan sejauh manakah objektif-objektif tadi terlaksana. Dari sinilah pengkaji dapat menentukan sama ada berjaya atau gagalnya ruang pejalan kaki di kawasan-kawasan kajian. Kawasan Kajian adalah dihadkan kepada dua kawasan rumah kedai yang telah baru dibangunkan. Di kawasan-kawasan tersebut telah dilengkapi dengan ruang-ruang laluan pejalan kaki yang sempurna tetapi kurang diberi perhatian dan digunakan dengan sepenuhnya oleh pengunjung-pengunjung ke kawasan itu dan orang-orang yang tinggal di kawasan-kawasan itu sendiri. Kajian adalah dibuat melalui perhatian dan soal selidik pengguna-pengguna di tapak-tapak kajian dan pereka dan perancang. Analisa kajian dan rumusan yang dibuat adalah berdasarkan data-data yang diperolehi dari hasil temuduga, buku-buku rujukan yang mempunyai kajian dengan tajuk di atas. Pendekatan kajian ini adalah dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertamanya ialah kajian tentang peranan dan fungsi ruang pejalan kaki dan keseluruhan objektif pereka dan perancang di dalam pembentukan ruang pejalan kaki di kedua-dua kawasan kajian. Ia juga mencangkupi ke atas konsep rekabentuknya, peranan dan fungsi elemen senitaman, perabut jalan serta lain-lainnya di dalam memenuhi fungsi ruang. Bahagian kedua adalah penganalisaan ke atas objektif-objektif pereka dan perancang tadi. Dengan ini pengkaji dapat mengetahui sejauh manakah objektif-objektif mereka tadi telah tercapai. Dari sini pengkaji adalah berpeluang mengetahui sejauh mana ruang pejalan kaki di satu-satu kawasan kajian itu berjaya atau gagal. Bahagian ketiga : Membuat rumusan dan kesimpulan ke atas kajian ruang pejalan kaki di kawasan-kawasan kajian itu.
DSP_DISSERTATION:
Kajian topikal (Fakulti Alam Bina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000002746 NA6218 A23 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order