Cover image for Pembangunan sistem maklumat hidrologi yang bersepadu untuk perancangan dan pengurusan air di Malaysia - (Bahagian I) (Data siri-masa)
Title:
Pembangunan sistem maklumat hidrologi yang bersepadu untuk perancangan dan pengurusan air di Malaysia - (Bahagian I) (Data siri-masa)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM., 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7844 ra
Abstract:
Melalui pengalaman lalu, kita menyedari masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan aktiviti yang berkaitan dengan air akibat dari kekurangan data. Berlainan dengan bidang kejuruteraan awam yang lain, bidang hidrologi memerlukan data untuk setiap peringkat perancangan dan pengurusan air. Data-data ini perlulah banyak, berkualiti, boleh dipercayai, dan direkod untuk jangkamasa yang lama bergantung kepada jenis projek yang hendak dilaksanakan. Di Malaysia, terdapt agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kaji Cuaca dan lain-lain serta agensi swasta yang berfungsi untuk mengumpulkan data-data hidrologi; tetapi tiada satu penyatuan untuk mengumpulkan kesemua data-data daripada badan-badan ini.Fenomena ini amat merugikan kerana data yang diperolehi dengan perbelanjaan yang tinggi dan masa yang pannjang tidak digunakan dengan sepenuhnya atau diuruskan dengan baik. Data-data ini dapat disimpan dalam satu sistem maklumat komputer supaya data dapat digunakan untuk projek lain. Sisitem maklumat bersepadu yang dicadangkan akan berkeupayaan menyimpan data hidrologi, menganalisa dan menyimpan data yang telah diproses. Ia perlu mempunyai ciri penggunaan yang mudah(user-friendly) dan dapat disesuaikan untuk penggunaan sesuatu projek serta berkeupayaan Penyesuaian penggunaannya dengan perisian maklumat yang lain. Untuk tujuan jangka masa panjang, sistem ini boleh disepadukan dengan aturcara lain untuk menghasilkan sistem berbentuk 'Kepintaraan Tiruan' (AI) sama ada dari segi 'Knowledge base System' (KBS) ataupun 'Sistem Pakar' (ES). Untuk tujuan ini,skop kajian dan pembangunan sistem bersepadu ini haruslah dirancang dengan sempurna berdasarkan pendekatan kejuruteraan perisian moden. Maka, kajian awal adalah penting untuk menentukan asas teori, prinsip-prinsip dan teknik-teknik serta tatacara kerja yang diperlukan untuk menghasilkan sistem ini. Aspek-aspek yang dibincangkan termasuklah perancangan dan pengurusan sumber air, kejuruteraan perisian, pendekatan pangkalan data, penggendalian data, model-model data, dokumentasi data, pengenalan data dan pengurusan data bukan-ruang.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001431448 TC157.8 G46 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order