Cover image for Ekonomi pembinaan sistem bekalan air
Title:
Ekonomi pembinaan sistem bekalan air
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1987
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3510 ra
Abstract:
Pembinaan bekalan air merupakan salah satu daripada kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan. Didalam menyediakan kemudahan ini, perbelanjaan yang besar diperlukan untuk melaksanakannya. Walaupun ianya merupakan projek kerajaan dan perbelanjaannya merupakan peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan tetapi wang tersebut sebenarnya diperolehi dari rakyat. Oleh itu adalah penting untuk menentukan bahawa mereka mendapat pulangan yang terbaik dan disamping itu wang mereka digunakan dengan sebaik mungkin. Pembinaan bekalan air memerlukan perbelanjaan yang besar. Adalah penting untuk memastikan supaya peruntukan yang diperolehi digunakan dengan cara yang terbaik. Berdasarkan kepada perkara yang tersebut diatas maka kajian telah dijalankan untuk mendapatkan pembinaan sistem bekalan air yang ekonomi. Ekonomi sesuatu projek tidak hanya ditentukan oleh kos yang rendah tetapi juga oleh pembinaan yang bermutu dan berkualiti, cekap dan berkeupayaan dan mempunyai kos penyelenggaraan yang rendah. Oleh itu satu kawalan yang baik diperlukan untuk mencapai semua matlamat seperti yang tersebut diatas. Kajian yang teliti adalah diperlukan untuk menentukan kesesuaian sesuatu projek yang dicadangkan. Daripada kajian tersebut perancangan yang sistematik dapat dibuat untuk menjayakan projek tersebut. Apabila cadangan projek tersebut telah diluluskan maka proses rekabentuk akan dijalankan. Didalam membuat rekabentuk beberapa alternatif dibuat untuk mendapatkan rekabentuk yang terbaik. Ini adalah untuk menentukan supaya sistem tersebut dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan baik. Diperingkat pembinaan perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah kawalan terhadap kos dan mutu kerja. Kos penyelenggaraan yang rendah juga menunjukkan bahawa ia merupakan satu sistem yang baik. Daripada kajian yang dijalankan didapati pembinaan bekalan air di Malaysia mempunyai sistem pembinaan yang baik. Sungguhpun begitu penggunaan teknologi moden masih berkurangan pada masa ini kerana kekurangan kepakaran. Walaupun begitu kini ianya sedang dalam proses perlaksanaan. Untuk mendapatkan pembinaan sistem bekalan air yang ekonomi kerjasama semua pihak yang terlibat terutamanya pihak kerajaan dan perunding adalah diperlukan. Mereka hendaklah berbincang dan mengeluarkan pandangan serta membuat kajian yang berkaitan dari masa kesemasa.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur Bahan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1987

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003148 HD4465.M3 M37 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order