Cover image for Kajian rekabentuk fenestrasi disekitar Kuala Lumpur
Title:
Kajian rekabentuk fenestrasi disekitar Kuala Lumpur
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 3969 ra
Abstract:
Dissertasi ini adalah kajian rekabentuk fenestrasi terhadap fungsi dan faktor-faktor alam sekitar seperti pancaran suria (solar radiation), sinarsiang 9daylight), pengudaraan (ventilation) dan akustiks (acoustics). Dalam kajian ini, lebih perhatian akan ditumpukan kepada kemasukan matahari dalam rekabentuk jendela kerana jendela menyebabkan penerimaan haba yang paling hebat dalam soal penyinaran matahari. Harus dijelaskan di sini bahawa pengiraan penerimaan haba tidak akan dibincangkan didalam dissertasi ini kerana skop topik tersebut adalah luas. Bahagian pertama dissertasi ini, meliputi sejarah jendela sepintas lalu dari zaman purba kezaman moden. "Review" ini akan menjadi asas untuk membuat cadangan-cadangan dibahagian selanjutnya. Dalam bahagian kedua, berbagai-bagai faktor alam sekitar dan pertimbangan-pertimbangan teknik akan dibincangkan. Keterangan teori-teori akan diringkaskan kerana rujukan boleh dibuat pada buku berkenaan. Bahagian ketiga mengandungi pemilihan bangunan-bangunan untuk dibuat kes kajian. Kes-kes kajian ini akan dibuat berdasarkan kekesanan rekabentuk fenestrasi terhadap kemasukan penyinaran matahari. Ini melibatkan penggunaan rajah bayang (shading mask) untuk menandakan luas peredup yang diperuntukkan olih alat-alat peredup. Ini akan diikuti olih cadangan-cadangan gambarajah sebagai langkah alternatif membaiki rekabentuk fenestrasi tersebut. Bahagian akhir kajian ini meringkaskan analisa kes kajian dan mengemukakan beberapa pertimbangan rekabentuk untuk mengatasi masalah jendela kini.Kes kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa ketiadaan kesedaran diantara kalangan arkitek-arkitek tempatan kita mengenai pengaruh faktor-faktor alam sekitar dalam rekabentuk jendela. Boleh dikatakan bahawa hanya sebilangan arkitek kita yang berjaya merekabentuk jendela yang dapat mengawal kemasukan matahari. Akan tetapi, harus di jelaskan disini bahawa kajian ini adalah bukan semata-mata untuk mencari sesuatu rekabentuk jendela yang paling baik bahkan merupai satu percubaan untuk menyedari arkitek kita terhadap kepentingan faktor-faktor alam sekitar dalam rekabentuk jendela. Kajian ini telah menghasilkan beberapa pertimbangan am terhadap fahaman diantara fungsi dan rekabentuk. Adalah diharapkan bahawa asas kajian ini akan dapat mewujudkan sikap "energy conscious" terhadap senibina pada masa akan datang.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1980

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000007891 NA3020 L64 1980 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003174 NA3020 L64 1980 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002465908 NA3020 L64 1980 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order