Cover image for Pengurusan kawasan takungan air sebagai sumber rekreasi : kajian kes : takungan air Macap, Kluang, Johor
Title:
Pengurusan kawasan takungan air sebagai sumber rekreasi : kajian kes : takungan air Macap, Kluang, Johor
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7910 ra
Abstract:
Penerokaan kawasan takungan air sebagai sumber rekreasi adalah merupakan satu alternatif dalam menyempurnakan penerokaan sumber di dalam industri pelancongan yang berasaskan alam semulajadi yang bersesuaian dengan tren semasa. Pengalaman di luar negeri dan di Malaysia amnya membuktikan bahawa, kawasan takungan air berpontensi diwujudkan sebagai kawasan rekreasi berdasarkankepada penawaran flora, fauna serta bentuk mukabumi yang menarik. Walaupunkawasan takungan air boleh dibangunkan sebagai kawasan rekreasi namun ia adalah sensitif kepada sebarang pembangunan disebabkan oleh fungsi 'multipurpose' seperti pembekalan air minuman, kawalan banjir, penjanaan kuasa letrik dan sumber air ke rancangan-rancangan pertanian. Oleh itu, ia memerlukan kajian pengurusan dalam peringkat perancangan, penyusunan, penyelarasan dankawalan. Kawasan takungan air Macap di Kluang telah dipilih berdasarkan kepada potensi sumberjaya dan berpontensi mendapat tarikan di kalangan pelancong-pelancongluar. Sehubungan dengan itu, kawasan kajian memerlukan satu rangka pengurusan yang sempurna untuk membangunkan kawasan takungan air sebagai sumber rekreasi di samping memulihara dari kesan-kesan seperti pembuangan sampah dan kesan-kesan yang boleh menjejaskan kualiti air di kawasan tersebut. Beberapa kajian telah dijalankan seperti kajian pengunjung,kajilidik pengusaha pelancong serta penilaian sumberjaya berasaskan kepada kaedah analisa potensi permukaan. Selain dari itu, kajian ini akan mengenalpasti pengurusan agensi-agensi yang bertanggung jawab ke atas kawasan takungan air danmenkaji antara masalah-masalah pengurusan yang timbul. Rumusan hasil analisis akan mengarahkan kepada peringkat cadangan yang akan meliputi cadangan amiaitu garispanduan penggunaan kaedah Analisa Potensi Permukaan dalam menilai sumberjaya rekreasi. Manakala cadangan khusus akan menekankan kepada cadangan struktur organisasi pengurusan rekreasi takungan air, penyediaan pelan konsep rekreasi berdasarkan kepada analisa potensi permukaan serta garispanduan polisi pengurusan. Cadangan-cadangan tersebut adalah dijangkakan akan dapat membantu agensi pelaksana dan jururancang khususnya dalam mengurus kawasan takungan air sebagai destinasi rekreasi berasaskan alam semulajadi dan melahirkan masyarakat penyayang khusunya kepada alam sekitar.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002088742 GV191.48.M32 J6925 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order