Cover image for Cadangan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan bagi orang-orang cacat, Bangi, Selangor
Title:
Cadangan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan bagi orang-orang cacat, Bangi, Selangor
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1985
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3276 ra
Abstract:
Laporan tesis ini adalah merupakan syarat sampingan kepada penghantaran tesis reka bentuk yang dikemukakan. Tujuan utama laporan ini adalah untuk menerangkan kepada pembaca tentang perkara-perkara yang tidak dapat ditunjukkan di dalam lukisan; juga pertimbangan-pertimbangan yang dibuat sehingga tercapainya hasil terakhir. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut bab-bab. Ia juga mengandungi Appendix diakhirnya untuk menyertakan tambahan-tambahan yang dirasakan tidak sesuai untuk dibabkan. Di bahagian permulaan laporan ini disertakan kajian latar belakang perancangan projek ini yang telah dibuat oleh dua orang pakar perunding dari WHO dan ILO yang ditugaskan oleh Kerajaan Malaysia pada 1982. Oleh itu semua data yang bersangkutan dengan kajian ini hanyalah hingga ke tahun 1980/81. Kajian ini juga merupakan justifikasi tentang perlunya projek ini dibina. Di dalam Taklimat Gunawan, dibentangkan secara terperinci tentang apakah sekop dan tujuan projek ini, juga penerangan tentang kehendak-kehendak yang terpaksa dipenuhi oleh reka bentuk. Bab ketiga iaitu Kajian Tapak menerangkan tentang proses merealisasikan kehendak-kehendak taklimat gunawan tadi ke atas tapak. Disini, pendekatan senibina mula memainkan peranan dengan cara memberikan keputusan-keputusan tentang pengzonan ruang-ruang. Bab seterusnya adalah merupakan pertimbangan-pertimbangan yang agak teknikal yang juga sama pentingnya dengan kajian ke atas tapak. Oleh itu kita akan melihat bahawa keputusan-keputusan yang dibuat dari kehendak-kehendak pengguna ini berganding dengan kajian tapak dan hasilnya kedua-dua proses ini menjadi 'complimentary' antara satu sama lain dalam mewujudkan hasil reka bentuk. Dalam Bab kelima yang merupakan kajian kes di Pusat Pemulihan orang-orang cacat di Cheras, Kuala Lumpur, Kita akan dapat melihat contoh-contoh yang boleh memberi gambaran untuk penghasilan reka bentuk. Gambar-gambar adalah penolong utama dalam membolehkan pembaca memahami secara kasar rupa sebuah pusat pemulihan. Tetapi perlu diingatkan bahawa kajian kes yang dibuat ini (di Cheras) bukanlah disebabkan ianya merupakan contoh terbaik; tetapi sebaliknya adalah merupakan satu-satunya contoh yang ada; yakin tiada pilihan yang boleh dibuat disini. Didalam Bab 6 diterangkan sesrba sedikit tentang reka bentuk cadangan; yakin pembentukan konsep cadangan terakhir dan juga alasan-alasan terhadap keputusan-keputusan yang dibuat. Salinan-salinan lukisan juga disediakan bagi memudahkan pembaca melihat konsep yang ingin ditunjukkan. Di Bab ketujuh ditunjukkan sistem-sistem kemudahan bangunan yang digunakan seperti sistem struktur, perbekalan air dan elektrik, juga penyaman udara dan lain-lain.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000005962 NA2545 M65 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003666 NA2545 M65 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002393183 NA2545 M65 1985 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order