Cover image for Aliran kerja dan pembaikan kaedah pembuatan
Title:
Aliran kerja dan pembaikan kaedah pembuatan
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja:MFL 7382 ra
Abstract:
Aliran kerja yang berkesan sangat penting dalam industri pembuatan. Ini adalah kerana aliran kerja yang baik akan dapat meningkatkan mutu kerja, masa pengeluaran dapat dikurangkan dan setiap operasi dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Kajian ini akan mengkaji aliran kerja dan kaedah pembuatan panel pintu roll-formed di South East Technologies Sdn. Bhd. Matlamat kajian ini ialah untuk meningkatkan aliran kerja dan membaiki kaedah pembuatan. Kajian dipilih kerana terdapat banyak masalah seperti bentuk aliran kurang baik dan penolakan prestasi. Bentuk aliran kurang baik disini merujuk kepada persilangan aliran dan aliran berbalik yang berlaku dalam aliran kerja. Penolakan prestasi ialah penolakan panel pintu yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan pada pemeriksaan akhir di bahagian kawalan mutu. Oleh itu kajian ini akan membuat satu kajian kepada masalah yang berlaku dan kemudiannya satu cadangan pembaikan dicadangkan. Kajian keatas aliran dan pembaikan kaedah kerja akan mempertimbangkan beberapa aspek iaitu susunatur kemudahan, kawalan mutu, pengangkutan bahan dan kajian kerja. Kajian ini akan dijalankan dengan beberapa peringkat iaitu; 1) Pengenalan pada panel pintu roll-formed. 2) Pengumpulan data dan masalah dalam aliran kerja. 3) Analisis data-data dan masalah-masalah. 4) Membentuk alternatif-alternatif pembaikan. 5) Cadangan pembaikan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah perancangan susunatur sistematik untuk pembaikan aliran kerja dan kajian masa untuk pembaikan kaedah kerja. Dari kajian yang telah dibuat dicadangkan satu susunatur kemudahan. Dimana jarak pengangkutan bahan dapat dikurangkan, aliran berbalik dan persilangan dapat dielakkan. Cadangan kaedah pembuatan telah dapat mengurangkan masa pembuatan panel dan pembahagian kerja lebih seimbang. Satu sistem kawalan proses dicadangkan untuk mengelakkan kerja berbalik untuk baikpulih dan memastikan prestasi mutu dicapai. Berdasarkan kepada cadangan yang dikemukakan kaedah pembuatan dapat diperbaiki dan aliran kerja meningkat. Oleh itu perlaksanaan cadangan ini boleh meningkatkan pengeluaran syarikat
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Jentera) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001344401 TS183 .A29 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order